Memiliki wajah putih bersih dan kelihatan glowing memang menjadi idaman setiap wanita. Walaupun penilaian kecantikan seseorang wanita itu adalah subjektif dan bergantung kepada persepsi individu yang melihatnya, namun sering kali wajah putih glowing menjadi ukuran yang pertama yang akan dinilai.

Itu yang membuatkan wanita sering mencari usaha untuk memutihkan kulit muka dan menjadikannya glowing. Mungkin termasuk anda yang sedang membaca ni. 😉

Muka yang putih bersih dan glowing bukan sahaja menjadi kayu ukur dalam penilaian kecantikan seseorang tetapi turut memainkan peranan penting bagi sesetengah wanita dalam perkara-perkara berikut:

Meningkatkan kepercayaan diri

Anda mungkin berasa kurang keyakinan diri apabila persekitaran anda dikelilingi oleh wanita-wanita yang tampil dengan kulit muka yang putih glowing. Jadi memiliki kulit wajah seperti mereka menjadikan anda lebih berkeyakinan untuk bersaing atau bergaul dengan mereka.

Meningkatkan peluang pekerjaan

Bagi wanita yang mengejar kerjaya atau perniagaan yang menjadikan modal wajah yang putih glowing sebagai ukuran, sudah pasti memiliki kulit wajah seperti yang disyaratkan adalah satu kemestian. Perkara ini akan meningkatkan peluang kejayaan dalam merebut kerjaya tersebut atau meraih keuntungan dalam usaha perniagaan anda.

Memutihkan kulit muka dan menjadikannya glowing secara semula jadi

Memutihkan kulit wajah anda boleh dilakukan dengan dua kaedah utama iaitu secara semula jadi atau menggunakan produk pemutih kulit yang ada di pasaran. Dalam artikel ini, anda akan didedahkan dengan kaedah secara semula jadi. Jom semak apakah kelebihan-kelebihan memutihkan muka anda menggunakan kaedah semula jadi.

Lebih selamat atau minimum kesan sampingan

Salah memilih produk pemutih wajah pasti akan membuatkan kulit wajah anda menerima kesan iritasi pada kulit, alergik, dan yang paling teruk mungkin memberikan kesan kerosakan kekal pada kulit muka anda. Cara semula jadi kebiasaannya lebih selamat dan kurang kesan sampingan atau lebih mudah dielakkan memandangkan anda tahu bahan apa yang anda sedang gunakan.

Lebih murah

Produk pemutih wajah yang ada di pasaran pastinya berharga lebih mahal berbanding jika anda mendapatkan bahan-bahan semula jadi untuk merawat kulit muka anda. Atau mungkin juga anda boleh mendapatkannya secara percuma sahaja di dapur rumah anda atau sekitar rumah anda.

Kesan putih glowing yang lebih tahan lama

Produk pemutih kulit muka yang tertentu ada kalanya memberikan hasil yang sementara atau memerlukan anda menggunakannya secara berterusan untuk mengekalkan hasil wajah anda putih dan glowing. Penggunaan bahan semula jadi mampu memberikan hasil yang berpanjangan kerana kebiasaannya bahan-bahan semula jadi yang digunakan akan memperbaiki kesihatan kulit dari dalam dan mencegah kerosakan kulit.

Jom semak apa yang boleh anda lakukan untuk mendapatkan kulit muka putih dan glowing secara semula jadi

Memiliki kulit muka putih glowing secara semula jadi sangat bergantung kepada cara hidup seharian anda. Jadi, ada point-point yang akan didedahkan kepada anda selepas ini yang anda sudah biasa dengar atau membacanya kerana ia sangat berkait rapat dengan cara anda menjaga kesihatan anda.

1. Mengambil buah-buahan dan sayur-sayuran


Mengambil buah-buahan dan sayur-sayuran yang kaya dengan vitamin C dan antioksida akan membantu anda menjaga kulit wajah anda menjadikannya lebih sihat dan cerah. Amalkan memakan buah-buahan seperti limau, strawberi, tembikai, mangga, nanas, betik, dan buah beri. Manakala untuk sayur-sayuran pula anda boleh mengamalkan brokoli, kacang hijau, tomato, bayam, kubis, kacang panjang, dan bawang putih.

Ketahui kandungan zat buah-buahan dan sayur-sayuran di atas di sini.

2. Minum air kosong yang cukup


Air kosong sangat penting untuk kesihatan kulit anda. Amalkan minimum 8 gelas air kosong sehari untuk menjaga kelembapan kulit wajah anda dan untuk membantu mengeluarkan sebarang kotoran dan racun dari tubuh anda.

3. Gunakan masker muka daripada bahan semula jadi


Bahan-bahan berasaskan madu, oatmeal, yogurt, dan timun dapat membantu memutihkan wajah anda dan membuatkannya glowing. Oleskan masker daripada bahan-bahan ini ke wajah anda 1-2 kali seminggu untuk hasil yang optimum.

4. Hindari daripada terdedah kepada cahaya matahari secara langsung


Terdedah kepada sinaran matahari secara langsung terutama pada waktu matahari tengahari sehingga petang dapat merosakkan kulit muka anda dan menjadikannya kusam. Sebaiknya, anda menggunakan payung atau topi untuk melindungi wajah anda setiap kali anda keluar dari rumah.

5. Olahraga secara teratur


Melakukan senaman secara teratur dapat membantu anda mengurangkan stress yang boleh menjadi punca kepada masalah kulit wajah anda. Senaman yang teratur akan melancarkan aliran darah yang membantu menjaga kesihatan kulit anda.

6. Rehat yang cukup


Anda memerlukan istirahat atau tidur yang cukup untuk memberikan masa kepada proses regenerasi kulit wajah anda. Regenerasi adalah proses di mana sel-sel kulit mati atau rosak digantikan dengan sel-sel kulit yang baru dan sihat. Perkara ini lebih efektif berlaku ketika anda dalam keadaan rehat.

7. Elakkan merokok dan minuman beralkohol


Sudah jelas rokok dan minuman alkohol dilarang. Dan kedua-kedua faktor ini menjadi punca kepada kerosakan kulit wajah anda dan menjadikannya kusam.

Penutup

Bagaimanapun, menggunakan bahan-bahan atau cara semula jadi untuk memutihkan wajah anda memerlukan tahap kesabaran yang tinggi memandangkan jangkaan masa untuk melihat hasil usaha anda pasti akan memakan sedikit masa.

Jika anda tidak mahu menunggu lama untuk mendapatkan kulit muka yang putih glowing, anda boleh memilih untuk menggunakan produk-produk pemutih wajah yang ada di pasaran. Artikel ini pasti dapat membantu anda membuat pilihan produk pemutih muka yang sesuai untuk anda gunakan.