Kemaskini: 14 April 2023

"MEDIAHAWA" dimiliki penuh oleh pengasas. Akses dan penggunaan laman ini adalah tertakluk kepada terma dan syarat yang dinyatakan dalam halaman ini. Kami berhak mengubah, menggantung atau menamatkan mana-mana bahagian atau keseluruhan dengan atau tanpa sebarang notis. Adalah menjadi tanggungjawab anda untuk memeriksa bahagian ini daripada semasa ke semasa.

Terma & Syarat ini terpakai untuk semua kandungan di laman ini termasuk apa-apa maklumat atau perkhidmatan yang disediakan oleh MEDIAHAWA, melalui kepelbagaian media penyampaian penulisan, video, produk, aplikasi atau mana-mana media yang bertindak sebagai saluran maklumat yang kami sediakan.

Sekiranya anda masih di bawah jagaan penjaga, ibu atau bapa, anda dinasihatkan untuk mendapatkan kebenaran mereka untuk mengakses, menggunakan, atau berkongsi maklumat melalui laman ini. Dengan melayari laman ini, anda dianggap telah bersetuju bahawa sebarang risiko ke atas apa-apa kebergantungan atau tindakan yang anda ambil selepas merujuk kepada isi kandungan laman ini adalah di bawah tanggungjawab anda sepenuhnya. Kami secara tegas menyatakan tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang tindakan yang anda ambil.

Perubahan Terma & Syarat


Kami mempunyai hak eksklusif untuk menukar terma dan syarat ini pada bila-bila masa. Anda bertanggungjawab untuk memeriksa perubahan-perubahan yang kami tetapkan pada bila-bila masa. Sebarang perubahan akan berkuatkuasa dengan serta merta apabila ia dinyatakan dalam terma dan syarat ini melainkan jika kami menyatakan sebaliknya. Jika anda meneruskan untuk menggunakan laman ini bermakna anda bersetuju dan menerima perubahan tersebut.

Harta Intelek


Harta Intelek adalah merujuk kepada bahan yang digunakan atau dipaparkan oleh "MEDIAHAWA" dan wakil penyampai, termasuk tetapi tidak terhad kepada logo, cop, tanda perkhidmatan, teks, emel, gambar, grafik, perisian, ilustrasi, video, karya seni, muzik, dan bunyi. Kandungan yang dinyatakan adalah untuk kegunaan peribadi dan bukan komersial. Dengan menggunakan laman ini anda dianggap telah bersetuju untuk tidak mengubah, menerbitkan semula, menyebar, mengedar, menjual atau diberikan secara percuma mana-mana bahan yang dinyatakan tanpa kebenaran bertulis daripada pihak kami.

"MEDIAHAWA" membenarkan anda bukan secara eksklusif untuk menggunakan laman ini untuk tujuan bukan komersial, melakukan perkongsian melalui pautan yang disediakan secara rasmi melalui laman wbe ini tertakluk kepada terma & syarat.

Kebergantungan Maklumat Laman Ini


Kami tidak mempunyai tanggungjawab dan anda tidak boleh mengharapkan kami mengkaji sebarang kandungan di laman web ini, termasuk sumber bahan daripada pengguna atau penyumbang kami. Kami tidak mendakwa sumber bahan daripada pengguna atau penyumbang kami adalah sumber yang sahih, bertauliah, berkepakaran dalam bidang yang dinyatakan dalam bahan. "MEDIAHAWA" tidak boleh dianggap bersekutu, mewakili, atau bersetuju dengan setiap bahan yang disumbangkan oleh pengguna atau penyumbang kami.

Dengan menggunakan laman ini maka anda mengakui dan bersetuju bahawa apa-apa kebergantungan atau tindakan yang anda ambil yang mana merujuk kepada bahan laman ini, sama ada daripada pihak pengasas, pengguna dan penyumbang kami adalah atas inisiatif anda sendiri, dibawah risiko dan tanggungjawab anda sendiri. "MEDIAHAWA" tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang bentuk kesan negatif berupa tetapi tidak terhad kepada kerugian, kecacatan, kecederaan fizikal dan mental, atau gangguan fizikal, mental, dan siber akibat daripada kebergantungan, perkongsian, komunikasi anda kepada atau daripada kandungan laman ini.

Larangan Ketika Mengguna Laman Ini


Dengan menggunakan laman ini, anda bersetuju untuk TIDAK menggunakan laman ini untuk tujuan berikut:


  • Melanggar apa-apa peraturan atau undang-undang tempatan, negeri, atau negara dalam apa jua bentuk dan cara.
  • Mengeksploitasi atau merosakkan keharmonian masyarakat dan membahayakan pengguna lain dengan mendedahkan sebarang kandungan yang tidak sesuai.
  • Melakukan "SPAM" tidak terhad kepada surat berantai atau komen dengan tujuan tidak terhad kepada  iklan, promosi, atau mencetuskan provokasi.
  • Menyamar atau cubaan menyamar sebagai "MEDIAHAWA", pekerja "MEDIAHAWA", atau wakil "MEDIAHAWA" dengan menggunakan mana-mana media atau saluran yang dinyatakan di dalam halaman ini.
  • Memisahkan mana-mana kandungan laman ini untuk sebaran tujuan komersial, pemasaran, atau penyusunan maklumat tanpa kebenaran bertulis "MEDIAHAWA".
  • Memperkenalkan atau menyebar teknologi berbahaya tidak terhad kepada virus atau worms.
  • Melakukan pencerobohan, alih kuasa, atau akses tanpa rela mana-mana bahagian server, komputer, atau pengkalan data yang mempunyai sambungan ke laman ini dalam cubaan untuk mengganggu atau mengambil alih secara paksa laman ini.

Pautan Luar dan Pengiklanan Pihak Ketiga


Kami tidak menyatakan bahawa kami memantau atau menyemak mana-mana laman web, iklan, atau media lain yang tersedia di laman ini dan dengan jelas tidak akan bertanggungjawab ke atas kandungan pautan luar dan iklan pihak ketiga yang dipaparkan di laman ini. Anda bertanggungjawab sepenuhnya ke atas akses pautan luar atau iklan pihak ketiga yang anda lakukan yang membawa anda keluar daripada laman ini.

Keseluruhan Perjanjian


Terma & syarat ini adalah perjanjian muktamad secara keseluruhannya antara anda dan "MEDIAHAWA". Segala butiran di halaman ini akan terpakai untuk menggantikan sebarang jenis tidak terhad kepada kekeliruan, kesilapan, atau percanggahan yang terdapat dalam bahan-bahan yang dinyatakan seperti di atas yang terkandung selain daripada halaman ini.

Sebarang pertanyaan, sila hubungi kami di halaman hubungi.